"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada
suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka
akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan
gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua
kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau
balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan
itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.
Ketika
kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu
melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan