Di
sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada
suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang.
Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat
berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab
arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab
berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada
sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata
awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai
mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk
membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita
masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya
sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu.
Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana
tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata
tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti
ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan